How To Make A Good Copy Writing
24 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “How To Make A Good Copy Writing” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 5:00 petang. Pembelajaran kali ini bersama para usahawan dalam komuniti yang ingin belajar cara untuk membuat “copy writing” yang bagus. Staf Pusat Ekonomi Digital berkongsi mengenai ciri-ciri “copy writing” yang bagus perlu menarik, padat, jelas dan kreatif. Di samping itu, Staf Pusat Ekonomi Digital turut berkongsi teknik-teknik yang digunakan dalam “copy writing” bagi menarik perhatian pelanggan terutamanya pelanggan atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: