Advokasi Keganasan Siber

19 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2021, telah diadakan sesi Taklimat Advokasi bertajuk “Advokasi Keganasan Siber” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada adik-adik mengenai keganasan siber terutamanya di sosial media. Selain itu, contoh isu mengenai keganasan siber turut dikongsikan kepada adik-adik agar mereka dapat memahami bagaimana terjadi keganasan siber dan apa tindakan yang akan dilakukan sekiranya mereka menjadi mangsa keganasan siber. Terdapat juga sesi soal jawab bagi memastikan adik-adik faham mengenai topik keganasan siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali