How to Apply Online Married Form

17 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2021, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “How to Apply Online Married Form” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 5:00 petang. Pembelajaran kali ini bersama Aziz bagi sesi mengisi borang permohonan Pra Perkahwinan atas talian. Untuk makluman semua, bagi penduduk Negeri Sembilan yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu mengisi borang pra perkahwinan atas talian untuk di hantar ke Pejabat Agama Daerah. Aziz diberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat pemohon, bakal pasangan pemohon dan maklumat wali. Setelah selesai Aziz perlu menyemak semula dan mencetak borang tersebut untuk urusan selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali