Microsoft Word (Surat Rasmi)

23 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2021, telah diadakan Pembelajaran membuat Surat Rasmi bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Seperti semua sedia maklum, Staff Pusat Internet sentiasa memberi komitmen sekiranya individu yang memerlukan tunjuk ajar dalam membuat surat rasmi. Terima kasih kepada Puan Natasha kerana menjadikan pusat internet sebagai rujukan untuk membuat surat rasmi untuk urusan pekerjaan beliau. Antara yang dipelajari adalah mengenai format surat rasmi yang betul, saiz dan tulisan yang bersesuaian serta format paragraph surat rasmi tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali