How to Edit Minutes of Meetings
5 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 4 Disember 2022, telah diadakan Kelas ICT Pembelajaran “How to Edit Minutes of Meetings” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sesi pembelajaran ICT kali ini secara personal bersama Puan Zuraidah seorang komuniti yang juga merupakan salah seorang setiausaha persatuan ahli jawatankuasa kampung. Pada kali ini puan Zuraidah mempelajari cara untuk menyunting minit mesyuarat. Tenaga pengajar Pusat Internet memberi tunjuk ajar menggunakan Microsoft word dan memberi garis panduan kepada peserta mengenai format minit mesyuarat yang betul. Puan Zuraidah membuat pembetulan penggunaan ayat yang bersesuaian dan format yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: