Microsoft Word Laporan Bergambar
19 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2022, telah diadakan Pembelajaran Microsoft Word Laporan Bergambar menggunakan Microsoft Word bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pembelajaran kali ini bersama seorang pelajar Sekolah Rendah Felda Pasoh 2. Peserta ingin mendapatkan tunjuk ajar daripada staf PEDi bagi tujuan membantu beliau membuat laporan bergambar. Staf PEDi menunjukkan cara untuk memasukkan gambar ke dalam template laporan dan cara melaraskan gambar dengan ukuran yang sama. Di samping itu juga, Staf PEDi turut mengajar cara mudah untuk membesarkan dan mengecilkan gambar dengan cara yang betul. Peserta dapat menghasilkan laporan gambar mengikut format yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: