Tiktok Apps

21 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2022, telah diadakan Kelas Usahawan secara Atas Talian bersama Nur Iman Group bersama Staf PEDi Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Pembelajaran mengenai aplikasi Tiktok ini adalah secara atas talian. Pada kali ini para usahawan belajar cara untuk membuka akaun TikTok. Di Samping itu juga, para usahawan diberi penerangan mengenai fungsi TikTok sebagai salah satu platform media sosial yang digunakan untuk membuat dan berkongsi video pendek. Selain daripada itu, para usahawan juga , belajar cara untuk mengubah personal TikTok kepada Business TikTok. Para usahawan telah diberi penerangan mengenai 2 cara untuk menghasilkan video, yang pertama ialah menggunakan TikTok filter dan yang kedua menggunakan video Editing Apps seperti CapCut Apps dan juga Inshot Apps. Tambahan lagi, para usahawan juga diajar cara-cara untuk membuat video pendek menggunakan aplikasi TikTok dengan menggunakan filter yang disediakan oleh TikTok. Terdapat juga sesi soal jawab bersama para usahawan di akhir kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali