Pembelajaran Membuat Format Minit Mesyuarat

15 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Oktober 2022, telah diadakan Kelas ICT Pembelajaran Membuat Format Minit Mesyuarat bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi pembelajaran ICT kali ini secara personal bersama Puan Zuraidah seorang komuniti yang juga merupakan salah seorang setiausaha persatuan ahli jawatankuasa kampung. Pada kali ini puan Zuraidah mempelajari format membuat minit mesyuarat. Tenaga pengajar Pusat Internet memberi tunjuk ajar menggunakan microsoft word dan memberi guidelines kepada peserta mengenai format minit mesyuarat untuk menulis laporan yang betul. Puan Zuraidah telah berjaya menyiapkan laporan minit mesyuarat persatuan dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali