Memperbaharui Lesen Perniagaan Runcit

13 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2022, telah diadakan sesi pembelajaran bersama usahawan dalam komuniti yang mengusahakan kedai runcit bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Pada kali ini, staf PEDi membantu usahawan memperbaharui lesen perniagaan barang runcit. Antara lesen yang perlu diperbaharui oleh usahawan adalah lesen gas, lesen gula dan tepung serta lesen beras. Usahawan membuat surat rasmi untuk setiap lesen yang ingin diperbaharui dan perlu muat naik surat tersebut ke dalam laman sesawang. Selain daripada itu, usahawan juga belajar cara menyimpan surat dalam bentuk fail PDF dan menggunakan WhatsApp Web untuk menghantar dokumen.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali