Advokasi Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua

21 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2022, telah diadakan Sesi Advokasi Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi advokasi ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Tajuk advokasi kali ini adalah Buli Siber. Staf Pusat Internet memberi penerangan mengenai maksud buli siber iaitu buli siber merupakan satu perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks, chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Staf Pusat Intenet juga menerangkan bahawa pembuli siber ini sukar untuk dikenal pasti dan dijejaki kerana mereka merahsiakan identiti mereka. Langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya menjadi mangsa buli siber juga diterangkan kepada pelajar sekolah untuk dipraktikkan sekiranya berlaku. Kesimpulannya, buli siber ini memberikan kesan yang sangat serius kepada mangsa buli siber. Setelah selesai sesi penerangan mengenai buli siber, terdapat sesi kuiz Buli siber bersama pelajar bagi memastikan peserta faham mengenai topik buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali