Microsoft Word (Report Bergambar)
22 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 September 2022, telah diadakan Sesi Pembelajaran Menggunakan Microsoft Word bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama murid sekolah menengah. Staf PEDi memberi tunjuk ajar cara memindahkan gambar daripada telefon pintar ke komputer melalui whatsapps web. Kemudian, sesi menyusun gambar ke dalam Microsoft word. Peserta turut belajar cara menukar saiz gambar dan membuang latar belakang gambar. Di samping itu juga, belajar cara memilih frame gambar bagi menampakkan gambar kemas dan tersusun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: