Microsoft Word (Menyusun Gambar)

10 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 09 September 2022, telah diadakan Sesi Pembelajaran Menggunakan Microsoft Word bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama murid sekolah rendah. Staf PEDi memberi tunjuk ajar cara mencari gambar di google, kemudian copy gambar tersebut ke dalam Microsoft word. Di samping itu juga, staf PEDi turut menunjukkan cara untuk menyusun dan menukar saiz gambar menggunakan format yang betul. Di samping itu juga, peserta turut belajar cara untuk membuang gambar latar belakang untuk setiap gambar, bagi menampakkan gambar tersebut lebih kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali