Sistem Pengurusan Tanah Atas Talian

4 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Januari 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah atas Talian di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Pembelajaran kali ini bersama salah seorang komuniti di dalam Felda Pasoh 2. Pada kali ini, staf PEDi membantu peserta dalam mengisi borang ambil alih harta pusaka secara atas talian, di laman sesawang Sistem Pengurusan Tanah (MyeTapp).

Staf PEDi memberi garis panduan kepada peserta cara memasukkan maklumat pemohon, maklumat pemilik geran yang telah meninggal dunia, maklumat waris serta maklumat geran untuk tujuan menukar nama pentadbir yang baru. Setelah selesai, peserta diingatkan untuk menyemak borang terlebih dahulu sebelum klik butang hantar, borang tersebut perlu dicetak untuk dihantar kepada pesuruhjaya sumpah dalam tempoh masa sebulan daripada tarikh penghantaran borang secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali