Sistem Pengurusan Tanah Atas Talian
10 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 09 Januari 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah atas Talian di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Pembelajaran kali ini bersama salah seorang di dalam Felda Pasoh 2. Pada kali ini, staf PEDi membantu para peserta dalam mengisi borang ambil alih harta pusaka secara atas talian, di laman sesawang Sistem Pengurusan Tanah (MyeTapp).
Staf PEDi memberi garis panduan kepada peserta untuk mendaftar sebagai pengguna baru MyeTapp. Setelah Berjaya membuat pendaftaran, Staf PEDi menunjukkan cara untuk mengisi maklumat pemohon serta pengisian borang A yang memerlukan maklumat pemilik geran yang telah meninggal dunia, maklumat waris yang terlibat, serta maklumat geran untuk tujuan menukar nama pentadbir yang baru. Setelah selesai, peserta diingatkan untuk menyemak borang terlebih dahulu, sebelum klik butang hantar, borang tersebut perlu dicetak untuk dihantar kepada pesuruhjaya sumpah dalam tempoh masa sebulan daripada tarikh penghantaran borang secara atas talian.