Sistem Pengurusan Tanah atas Talian

17 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2023, telah diadakan sesi pembelajaran Sistem Pengurusan Tanah atas Talian di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Pada kali ini staf PEDi membantu peserta untuk mengemaskini borang A iaitu maklumat waris, pengisian harta tak alih dan harta alih ke dalam sistem pegurusan Tanah atas talian (My eTapp). Selain daripada itu, staf PEDi juga membantu peserta untuk membuat semakan sebelum menghantar semua maklumat borang A secara atas talian. Selesai sahaja penghantaran, peserta akan mendapat nombor rujukan dan peserta perlu menghantar dokumen yang diperlukan bagi pengurusan tanah ke pejabat tanah dalam tempoh sebulan daripada tarikh penghantaran tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali