Pemasangan Aplikasi Perbankan Pada Telefon Pintar
5 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 04 Julai 2023, telah diadakan Pembelajaran Pengguna Aplikasi Perbankan atas Talian bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari 3.30 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini Bersama salah seorang komuniti Felda Pasoh 2 iaitu Puan Aziraa yang ingin mendapatkan bantuan Staf PEDi untuk menunjukkan cara pemasangan aplikasi perbankan BSN di telefon Pintar beliau.
Mulai 1 julai segala jenis transaksi atas talian tidak lagi menggunakan nombor TAC. Puan Aziraa telah Berjaya membuat pemasangan aplikasi BSN dan belajar cara menggunakan aplikasi tersebut. Di samping itu juga, puan Aziraa turut belajar cara membuat qr code menggunakan aplikasi Mae (Maybank) untuk perniagaan beliau bagi memudahkan pelanggan membuat bayaran secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: