Kelas ICT & STEM Bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 2
12 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2023, telah diadakan Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini terbahagi kepada 3 sesi. Sesi Pertama pembalajaran ICT iaitu “Bulan Ogos bulan Kemerdekaan”. Staf PEDi memberi penerangan mengenai Hari Kemerdekaan, warna bendera Malaysia, bunga Kebangsaan, Rukun Negara, Tema Kemerdekaan bagi tahun 2023 serta nyanyian lagu kemerdekaan.
Sesi yang ke 2 adalah sesi eksperimen “Gambar terapung” bersama kanak-kanak tabika. Staf PEDi membuat demo bagaimana membuat lukisan tersebut terapung di atas air dengan menggunakan 3 bahan iaitu Air, Whiteboard Pen Marker dan pinggan kaca. Kemudian giliran kanak-kanak tabika pula memcuba untuk membuat lukisan terapung tersebut. Sesi yang ketiga adalah menyusun puzzle kemerdekaan. Kanak-kanak tabika dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diberi puzzle untuk mereka susun sehingga selesai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: