Kelas ICT & STEM Bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 2

25 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2023, telah diadakan Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini terbahagi kepada 3 sesi. Sesi Pertama pembelajaran ICT iaitu “Kemahiran Insaniah”. Staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud Insaniah dan ciri-ciri individu yang mempunyai kemahiran insaniah seperti berkepimpinanan yang baik, komunikasi yang baik, mengawal emosi yang baik dan hormat antara satu sama lain.

Selain itu, sesi permainan “Dengar dengan Teliti” bersama kanak-kanak Tabika KEMAS bagi memberi keseronokan sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Sesi yang ke 2 adalah Aktiviti STEM “Walking Water”. Antara bahan yang digunakan adalah cawan plastik, pewarna makanan dan tisu. Dalam aktiviti ini staf PEDi menunjukkan bagaimana “Walking water” berpindah dari cawan lain ke cawan yang lain.

Staf PEDi juga memberi penerangan bagaimana terjadinya “walking water” melalui proses penyerapan. Sesi yang ketiga adalah sesi Online games, staf PEDi menunjukkan cara bermain atas talian dan kemudian giliran kanak-kanak tabika untuk mencuba Sesi online games tersebut Tujuan online games ini adalah melatih melatih tangan dan mahir dengan penggunaan tetikus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali