Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2
28 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 27 Oktober 2023, telah diadakan Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini terbahagi kepada 3 sesi. Sesi Pertama pembelajaran ICT iaitu “Adab Sopan Santun Budaya Kita”. Staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud Adab dan menerangkan jenis-jenis adab seperti adab bersama keluarga, adab bersama rakan, adab ketika makan dan adab ketika belajar.
Sesi yang ke 2 adalah Aktiviti STEM Nombor Dadu. Dalam permainan ini staf PEDi melekatkan nombor 1 hingga 6 dan menjadikan 2 barisan, kemudian 2 kanak-kanak tabika akan duduk di belakang barisan nombor tersebut. Staf PEDi melemparkan dadu tersebut dan nombor yang jatuh tersebut, kanak-kanak tabika perlu melompat pada nombor tersebut.
Sesi yang ketiga adalah sesi Online Colouring, staf PEDi menunjukkan cara mewarna atas talian dan kemudian giliran kanak-kanak tabika untuk mewarna, tema mewarna adalah Kategori kenderaan. Setelah berjaya gambar kenderaan, mereka memilih untuk mewarna kategori lain-lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: