STEM – Kertas Ajaib
21 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “STEM – Kertas Ajaib” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 Petang hingga 11.30 pagi. Pada kali ini Staf PEDi membuat aktiviti STEM bersama pelajar sekolah Rendah. Antara bahan yang digunakan adalah kertas berukuran 5 cm x 3 cm dan gunting. Aktiviti STEM kali ini bertujuan mengasah kemahiran berfikir untuk peserta mencari jalan penyelesaian.
Dengan menggunakan kertas kecil dan gunting, peserta perlu memikirkan cara untuk memasukkan kepala mereka menggunakan kertas tersebut. Pelbagai jenis potongan yang peserta hasilkan dan akhirnya peserta berjaya mendapatkan cara yang betul untuk menjadikan kertas tersebut boleh masuk di kepala mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: