Talk Slim Sihat Sebelum Raya

30 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari 2023, telah diadakan sesi Talk Slim Sihat Sebelum Raya di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi Talk ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sesi Talk ini dimulakan dengan sesi demo detox mengenai pemakanan yang masuk ke perut yang disampaikan oleh wakil Zhulian Sepang iaitu CDM Rosne Hanapiah.

Kemudian, sesi talk mengenai “bagaimana nak kekal sihat dengan B’young” oleh CDM Hajah Fatimahwati Abd Hamid, sesi ini adalah penerangan mengenai produk B’young dan kandungan bahan-bahan B’young dan mengenai kebaikan mengamalkan produk B’young. Seterusnya sesi talk terakhir mengenai “Nak Slim atau nak Sihat?” Oleh RCM Salmiah Husain. Terdapat juga sesi soal jawab mengenai Program Slim sihat dan Produk B’young”. Di samping itu, terdapat juga sesi cabutan bertuah untuk para peserta yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali