Kursus Pengendalian Makanan Secara Atas Talian

16 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Kursus Pengendalian Makanan Secara Atas Talian” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Staf PEDi membantu peserta untuk mendaftar ke dalam website Zoom bagi sesi Kursus Pengendalian Makanan Secara Atas Talian. Dalam sesi kursus tersebut peserta perlu membuat pendaftaran dengan mengisi borang secara atas talian dan menjawab ujian 1 dan ujian 2 secara atas talian. Di samping itu, peserta juga perlu mengisi borang maklum balas secara atas talian. Staf PEDi membantu peserta dalam melengkapkan borang dan memberi garis panduan cara menjawab ujian secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali