Kelas Ict & Stem Bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 2
20 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2024, telah diadakan Kelas ICT & STEM Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Pembelajaran kali ini terbahagi kepada 3 sesi. Sesi Pertama pembelajaran ICT iaitu “Budi Bahasa Budaya Kita”. Staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud budi Bahasa dan ciri-ciri orang yang berbudi bahasa. Selain itu, sesi permainan “Rebut Cawan” bersama kanak-kanak Tabika KEMAS untuk menguji tahap pendengaran dan fokus kanak-kanak mendengar arahan dalam permainan tersebut.
Sesi yang ke 2 adalah Aktiviti STEM “Keajaibkan Garam”. Antara bahan yang digunakan adalah garam dan telur. Dalam aktiviti ini staf PEDi menunjukkan bagaimana telur tersebut boleh berdiri setelah diletakkan garam dipermukaan bawah telur. Di samping itu, kanak-kanak turut mencuba untuk menegakkan telur tersebut.
Sesi yang ketiga adalah sesi Online games menyusun huruf ABC melalui website acbya.com, staf PEDi menunjukkan cara bermain atas talian dan kemudian giliran kanak-kanak tabika untuk mencuba Sesi online games tersebut. Tujuan online games ini adalah melatih melatih tangan dan mahir dengan penggunaan tetikus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: