Kemaskini dan Penghantaran Borang Bantuan Persekolahan Baitulmaal

22 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Kemaskini Dan Penghantaran Borang Bantuan Persekolahan Baitulmaal” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Staf NADI membantu peserta untuk mengimbas semua dokumen yang diperlukan oleh sistem seperti dokumen pengenalan diri pemohon dan anak, sijil perkahwinan, slip gaji, borang pengesahan sekolah, borang pemastautin dan salinan bil elekrik menggunakan aplikasi camscanner di telefon pintar. Setelah selesai mengimbas semua dokumen, peserta perlu log masuk ke dalam sistem Baitulmaal dan muat naik semua dokumen tersebut dan terus membuat penghantaran borang permohonan tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali