Aktiviti STEM (Lava Lamp) & Aktiviti Soft Skill

18 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2024, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Aktiviti Stem (Lava Lamp) & Aktiviti Soft Skill” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada kali ini Staf PEDi membuat aktiviti STEM iaitu menghasilkan Lava Lamp. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat lava Lamp ialah minyak masak, air, pewarna dan panodol soluble. Petugas PEDi menunjukkan Demo membuat lava Lamp, kemudian para peserta pula membuat lava lamp mereka secara berkumpulan. Di samping itu, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk permainan Vehicle Train puzzle, setiap kumpulan diberikan puzzle dan cara pemasangan, peserta perlu bekerjasama dalam menyelesaikan puzzle tersebut sehingga menjadi kereta api yang sempurna.

Kembali Ke Atas

kembali