Semakan STR dan Pendaftaran Perbankan atas Talian

20 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2024, telah diadakan pembelajaran “Semakan STR dan Pendaftaran Perbankan atas Talian” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi ini berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada kali ini, staf PEDi memberi garis panduan kepada peserta untuk membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara atas talian. Di samping itu juga, STAF PEDi turut membantu peserta membuat pendaftaran Perbankan atas talian iaitu perbankan BSN. Peserta perlu mendaftar di website BSN, kemudian peserta boleh log masuk ke dalam aplikasi BSN di telefon pintar.

Kembali Ke Atas

kembali