Pendaftaran e-CCRIS

16 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran e-CCRIS” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi 11.30 pagi.

Staf NADI membantu peserta untuk mendaftar ke dalam sistem e-CCRIS untuk memudahkan peserta mencetak laporan kredit untuk tujuan pinjaman. Untuk makluman, Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau pusat sistem maklumat rujukan kredit, adalah sistem yang direka khas oleh biro kredit bank negara malaysia (BNM) untuk mengeluarkan laporan kredit individu yang ingin membuat pinjaman. Staf nadi memberi garis panduan kepada peserta cara untuk mendaftar bagi membolehkan peserta membuat semakan tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali