Bengkel Pemasaran Digital Maxis E Kelas Usahawan

27 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2024, telah diadakan Bengkel Pemasaran digital Maxis eKelas Usahawan bertempat di Perkarangan Masjid Kampung Lonek. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

Seramai 80 orang usahawan yang menyertai bengkel ini. Topik pembelajaran dalam bengkel ini ialah Strategi Pemasaran digital, Fotografi digital dan Rekabentuk grafik, Penulisan copywriting dan Perancangan bengkel. Modul ini telah disampaikan oleh Coach Suraya yang telah berpengalaman selama 10 tahun dalam pemasaran digital. Di samping itu, terdapat juga booth Maybank dan penerangan daripada bank mengenai penggunaan QR code serta talk mydigital ID.

Para usahawan juga boleh membuka akaun maybank seredah RM 10.00 dan membuat QR code untuk akaun mereka. Terima kasih kepada semua usahawan yang terlibat dan terima kasih kepada semua NADI yang terlibat menjadi urusetia bengkel Pemasaran Digital Maxis eKelas Usahawan.

Kembali Ke Atas

kembali