Pendaftaran Sistem Pengurusan Tanah Perseketuan dan Pembahagian Pusaka

4 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Ogos 2024 telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Pendaftaran Sistem Pengurusan Tanah Perseketuan Dan Pembahagian Pusaka” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Staf NADI membantu para peserta mendaftar dalam Sistem Pengurusan Tanah Perseketuan dan Pembahagian Pusaka (Myland). Peserta perlu mendaftarkan maklumat waris yang telah meninggal dunia bagi membuat pertukaran nama pada geran tanah kepada waris-waris. Peserta perlu mengisi dan muat naik dokumen yang diperlukan oleh sistem. Peserta juga belajar cara untuk mengimbas dokumen menggunakan apps camscaner untuk memudahkan peserta muat naik dokumen ke dalam sistem tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali