Perbankan atas Talian (Akaun Syarikat)

23 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Perbankan atas Talian (Akaun Syarikat)” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Staf NADI membantu usahawan untuk membuat pendaftaran akaun perbankan secara atas talian. Usahawan perlu mendaftar melalui laman sesawang perbankan kemudian melengkapkan maklumat yang diperlukan dan membuat pengaktifan akaun. Selain daripada itu, peserta juga perlu muat turun aplikasi perbankan pada telefon pintar untuk mengakses dengan lebih mudah secara atas talian.

Kembali Ke Atas

kembali